Thursday, May 5, 2011

JUVANA | TV3

EPISOD 2

Siang esoknya, Cikgu Ariffin yang sedang berjogging terjumpa Black yang kesakitan akibat jatuh dari pagar. Datuk Wira, penaung Sekolah Wirabakti datang ke sekolah itu setelah Black di hantar ke hospital. Dia menyoal Warden di atas kejadian tersebut. Warden berkata yang dia perlukan lebih ramai guard. Datuk tidak bersetuju dan menyatakan mereka perlukan lebih ramai tenaga pengajar. Katanya sampai masanya Sekolah Wirabkati menjadi sebuah sekolah, bukannya sebuah penjara. Warden tidak puas hati dengan keputusan Datuk Wira, tapi terpaksa akur.
Cikgu Zakiah, seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling, menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Dia teruja dengan tawaran tersebut, kerana sudah lama bercita-cita untuk mengajar di sebuah sekolah juvana. Namun begitu, sebaik sahaja dia sampai, jelas bahawa pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih banyak Guard bukan guru; tambahan pula cikgu Zakiah adalah seorang wanita di dalam sekolah khas hanya untuk lelaki.
Di samping itu, Botak yang merupakan ketua pelajar telah dihukum kerana membiarkan Black terlepas keluar pada malam itu. Walaupun Botak memberi alasan yang Black cuba melarikan diri, tapi Warden Raja di hadapan Datuk Wira bertindak tegas dengan menghukum Botak di dalam bilik kurungan selama 1 malam. Akibat daripada hukuman itu, Botak menjadi marah. Ketiadaan Black menyebabkan Daim pula menjadi sasaran kemarahan Botak. Akhirnya pada satu petang, Daim yang sedang dihampiri oleh Botak dan kuncunya untuk tujuan memukulnya, terselamat apabila Cikgu Zakiah ternampak mereka. 

No comments:

Post a Comment